KRI Sigurot
KRI Sigurot

KRI Sigurot

KRI Sigurot (864) merupakan sebuah kapal perang milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) dari kelas Sibarau. Ia dahulunya adalah HMAS Assail (P-89) sebuah kapal peronda Kelas Attack milik Tentera Laut Diraja Australia (RAN).[2] KRI Sigurot memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Sigurot dibina oleh Evans Deakin, Ltd., Australia. Ia dilancarkan pada 1968.Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Sibarau, KRI Siliman, KRI Sigalu, KRI Silea, KRI Siribua, KRI Siada dan KRI Sikuda. KRI Sigurot mempunyai 22 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Sigurot dilengkapi untuk misi pertempuran permukaan ke permukaan di laut.Kapal KRI Sigurot sepanjang 32.76 m; 6.2 meter * 1.9 meter ( 107.5 kaki panjang * 20.3 kaki * 6.2 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 21 batu nautikal. KRI Sigurot mempunyai seseran 146 tan penuh atau 115 tan ketika kosong.Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.